Saturday, December 02, 2017

MA63: Realiti dan Andaian

1. Berapa peratus kah daripada 1.043juta pengundi Sabah menjadikan MA63 sebagai asas memilih pada PRU-14?

2. Kita perlu membezakan antara realiti dan andaian. 

3. Memang MA63 menjadi bualan antara “bijakpandai” rakyat Sabah, malah telah merebak ke Sarawak. Kini, pemimpin politik baik daripada kerajaan mahupun pembangkang telah menjadikan MA63 sebagai bahan politik.

4. Mengapa MA63 menjadi bahan politik selepas 54 tahun? Apa kah dalam tempoh masa itu, masing-masing pihak masih malu-malu membicarakan secara terang-terangan berkaitan MA63? 

5. Sebelum ini MA63 jarang dibicarakan, tetapi yang kerap dibicarakan adalah 20 Perkara dan 18 Perkara. Mengapa 20 &18 Perkara diketepikan? Mengapa berpaling kepada MA63?

6. Apa kah para pemimpin Sabah dan Sarawak sebelum ini, begitu daif sehinggakan tiada kemampuan bercakap berkaitan MA63? Sedangkan kalau diteliti, mereka itu adalah pemimpin yang sama. Apa kah selama lebih 50 tahun, mereka tiada idea? dan terpaksa menunggu lebih setengah abad baru muncul idea?

7. Kalau diteliti, mereka yang bercakap berkaitan MA63, majoritinya berdasarkan andaian, bukan realiti. Kini, terdedah antara kenyataan andaian dan realiti, apabila Buku: Berpisah Tiada tulisan Tan Sri Pandikar- Speaker Dewan Rakyat diterbitkan.

8. Memang buku itu belum sepenuhnya merupakan kajian impirikal atau ilmiah, akan tetapi, penulis buku itu telah berusaha menggunapakai dokumen-dokumen atau fakta-fakta yang melatari pembentukan Persekutuan Malaysia, sehinggakan dokumen MA63 dimetarai. Penulis buku itu, berusaha menyampaikan apa yang terkandung dalam dokumen-dokumen atau fakta sebelum MA63 dimetarai. Penulis buku itu, berusaha mengelak untuk memberi pandangan atau interpretasi sendiri berkaitan dokumen-dokumen pra sejarah itu, melainkan hanya merangkai rentetan peristiwa yang berlaku sebelum MA63 dimuktamadkan.

9. Bagi mereka yang telah membaca buku itu, penulis buku itu telah berusaha semaksima mungkin memuatkan APA YANG TELAH BERLAKU pada masa sebelum MA63 dijanjikan asas sebagai Pembentukan Negara baru.

10. Kalau membaca dengan teliti buku Berpisah Tiada, anda akan membuat kesimpulan, bahawa penulis buku itu, tidak berpihak atau bukan membuat kenyataan politik, akan tetapi berusaha memberi tahu rakyat berkaitan MA63 secara fakta dan realiti.

11. Penulis buku itu, tidak membuat kesimpulan, bahawa MA63 tidak penting akan tetapi hanya menyatakan bahawa MA63 merupakan asas kepada pembentukan negara.

No comments:

Blog Archive