Latest News

Benarkah Anwar Ibrahim Dilarang Berpolitik?

Jika benarlah Dato Seri Anwar Ibrahim dilarang berpolitik, bagaimana beliau boleh bertanding pada PRU-13? dan bagaimana pula menjadi ahli Parlimen sejak tahun 2008?

Anwar dilarang berpoltik semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir, bermula tahun 1998, dan kehilangan status sebagai wakil rakyat apabila dipenjara. 

Apabila Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada Oktober 2003, pengganti beliau Tun Abdullah Ahmad Badawi membebaskan Anwar daripada penjara pada tahun 2004, dan kemudiannya mantan TPM itu bertanding pada PRK Pemantang Pauh pada tahun 2008.

Selama sepenggal, Anwar sebagai ahli Parlimen, dan dilantik pula sebagai Ketua Parlimen Pembangkang di Dewan Rakyat, sehinggalah parlimen dibubarkan.

Pada PRU-13, iaitu Mei 2013, Anwar mengetuai Pakatan Rakyat (DAP, PKR, Pas) berdepan dengan Parti BN, dan semua kita tahu, bahawa PR menang 89 kerusi Parlimen berbanding Bn 133 daripada 222 kerusi yang dipertandingkan.

Rakyat negara ini, masih ingat selepas PRU-13, Anwar mengetuai jelajah rakyat membantah keputusan PRU-13, kononnya PR telah dirampas kemenangannya, kerana mereka menganggap, bahawa mereka menang, kerana mendapat undi popular berbanding Bn.

Oleh kerana jelajah bantahan terhadap keputusan PRU-13, tidak mendapat sambutan, maka keputusan PRU-13 itu kekal sehingga kini, malah pada beberapa PRK selepas PRU itu, pengundi telah berpihak kepada BN, misalannya di PRK Teluk Intan, Perak, kawasan yang dimenangi parti DAP pada PRU-13, berjaya dirampas semula oleh pari BN, demikian juga di PRK Rompin, Sungai Besar dan Kuala Kangsar, semuanya berpihak pada BN. Sebagai tambahan lagi, pada Pilihan Raya Negeri Sarawak pada tahun 2016, parti pembangkang bukan sahaja gagal, akan tetapi gagal mempertahankan kerusi-kerusi yang dimenangi sebelum itu.

Di mata rakyat Malaysia, Dato Seri Anwar tidak pernah dilarang berpolitik, hanya pihak-pihak luar sahaja menganggap demikian.

Anwar kembali ke penjara, selepas didapati bersalah meliwat pembantu peribadi lelaki beliau, Mohd Saiful Azlan.

Sebelum Anwar didapati bersalah, ruang dan peluang telah diberikan kepada beliau mempertahankan diri, termasuk melibatkan pakar-pakar luar negara, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan sebagai anggota pembela, malah salah seorang mantan pendakwa raya juga menjadi anggota pembelaan beliau. Selain itu, mantan TPM itu diberi kelonggaran luar biasa, yang tidak pernah berlaku pada seseorang orang kena tuduh (OKT), kerana mahkamah membenarkan penangguhan lebih 80 kali perbicaraan, kerana maksud kepada semuanya itu, semata-mata untuk memberi peluang seluas-luasnya kepada beliau mengemukakan alibi, hujah bagi menangkis masalah peribadi beliau dengan bekas pembantu peribadi beliau.

Tuduhan liwat untuk kali ke-2 kepada Anwar, tidak melibatkan sesiapa, kes itu, adalah antara mantan TPM itu dengan bekas pekerjanya. Mahkamah hanya membicarakan hak seorang rakyat Malaysia, yakni Saiful dengan bekas majikannya.

Kerajaan tiada sebarang kepentingan pada tuduhan itu, kerana Saiful sebagai mangsa, hanya sebagai rakyat biasa, tiada kaitan dengan kerajaan, kerana tiada rekod bahawa mangsa itu pernah sebahagian daripada kerajaan.

Jika ada dakwaan, bahawa Anwar dilarang berpolitik, ianya berlaku semasa era Tun Dr Mahathir, bukannya era Dato Seri Najib Razak.

Pada era Dato Seri Najib Razak, Anwar bebas berpolitik, bebas bertanding, malah beliau menggerakan, Gerakan September 2008, kononnya Kerajaan yang dipilih rakyat bakal tumbang, kerana ada 30 ahli parlimen BN akan menyertai Pakatan Rakyat.

Malah Anwar pernah menggerakkan Langkah Kajang, untuk menjadikan beliau Menteri Besar Selangor, namun semua itu tidak menjadi kenyataan, kerana beliau “keburu” dijatuhi hukuman penjara.

Kini, Tun Dr Mahathir cuba mengelirukan rakyat, termasuk dunia luar, apabila mantan PM itu mengatakan, bahawa memenjarakan Anwar bertujuan politik, sepertimana dakwaan beliau melalui surat khabar The Guardian yang ditulis oleh Randeep Ramesh pada 6 Julai 2017.

Dalam artikel itu, Mahathir mendesak agar kerajaan yang ada membebaskan Anwar dan dibenarkan bertanding pada pilihan raya. Jika itu, tidak berlaku, kalaulah BN berjaya ditumbangkan, maka kerajaan baru (Pakatan Harapan) akan membuat rayuan kepada SPBA, agar Anwar diampunkan, dan seterusnya membolehkan beliau bertanding untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Tun Dr Mahathir, boleh membuat kenyataan seumpama itu, kerana beliau tidak mepertaruhkan apa-apa lagi, dan jika boleh beliau akan bekerjasama dengan sesiapa sahaja termasuk “hantu jembalang” bagi memuaskan nafsu beliau, untuk menjatuhkan kerajaan yang dipimpin Dato Seri Najib Razak.

Mahathir terlupa, bahawa Dato Seri Najib tidak kesorangan, kerana rekod menunjukkan sekurang-kurang 156 Ketua Bahagaian Umno seluruh negara berpihak kepada beliau, malah seluruh AMT Umno dan pemimpin parti Barisan Nasional berpihak kepada Perdana Menteri ke-6 negara itu.

Tun Mahathir terlupa, bahawa 133 ahli Parlimen BN berdiri teguh dibelakang Perdana Menteri, termasuklah para Menteri Besar di negeri-negeri yang diperintah BN. 

Mantan Peradana Menteri itu terlupa, bahawa setiap wakil rakyat Bn beserta pemimpin Bn, komited untuk mempertahankan kerajaan Bn, dan sudah tentu daripada segi jumlah, Bn mempunyai jumlah yang lebih ramai berbanding pembangkang.

Tugas Bn mempertahankan kerusi yang dimenangi pada PRU-13, kerana jumlah itu sudah memadai mempertahankan kerajaan, sedangkan pembangkang terpaksa merampas sekurang-kurangnya, 23 kawasan parlimen selain mempertahankan apa yang dimenangi, bagi membolehkan menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah.

Di atas kertas, mungkin Tun Dr Mahathir menganggapnya mudah, akan tetapi daripada segi pelaksanaannya tidaklah demikian, sebab itu, sejak merdeka, walaupun berbagai usaha pembangkang mahu merampas kerajaan, tidak pernah kesampaian.

Di Malaysia, kekuatan pembangkang sudah berada di puncak pada PRU-13, dan kerana sudah berada dipuncak, maka tidak ada peluang lagi menuju puncak yang lebih tinggi, malah keadaan pembangkang menjunam dengan drastik sekali.

Rakyat sudah ambil maklum, pembangkang bukan boleh membawa rakyat ke era yang cemerlang, akan tetapi lebih bersifat seperti tikus membaiki labu. Ramai rakyat tertipu dengan bunyi guruh di langit, sehingga air di tempayan dicurahkan. Keadaan inilah yang dirasakan rakyat Pulau Pinang dan Selangor.

1 Response to "Benarkah Anwar Ibrahim Dilarang Berpolitik?"

Anonymous said...

Minda yg dah 'up side down'. Pusing ikut mana pun akhirnya kesalahan itu tetap pergi kepada dirinya sendiri.

Blog Archive